AwAk foLLoW SaYe,,SaYe FoLLoW aWk BAlIk

Monday 2 May 2011

Rahsia disebalik keringnya Tasik Galilee(Tasik Tiberia)


Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan 
dengan pengalaman sahabat Tamim 
Ad-Dari ra yang belayar dengan
 rakan- rakan beliau dan terbabas
 di sebuah pulau. Selepas mereka
 bertemu makhluk hodoh yang 
memper- kenalkan dirinya sebagai
 pengintip, mereka telah bertemu 
dengan makhluk berbadan besar
 yang memperkenalkan dirinya
 sebagai Dajal), “.. Dajal berkata:
 ‘Beritahu aku tentang 
pohon-pohon tamar di Baisan,
 adakah ia masih berbuah?’
 Kami berkata: ‘Ya’. 
Berkata Dajal: 
‘Tidak lama lagi ia tidak
 akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: 
‘Bagaimana dengan Tasik 
Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’
 Kami menjawab:
 ‘Ya, ia masih dipenuhi air’
. Dajal berkata: ‘Tidak lama
 lagi airnya akan kering’” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di 
dalam hadis ini ialah
 tentangkekeringan air di Tasik 
Tiberia. Fenomena ini akan 
berlaku di era Dajal. Pada
 hari ini Tasik Tiberia dikenali
 sebagai Sea of Galilee atau Laut
 Galilee dan ia terletak di negara
 Israel. Ia menjadi sumber ai
bersih yang amat penting bagi
 negara Israel. Di zaman Dajal 
air tasik ini akan surut dan
 fenomena ini sebenarnya 
sedang menjadi kenyataan
 pada hari ini.Setelah air 
tasik ini kering ketika itulah 
Dajal akan muncul dan 
berlakukan kecelakaan besar 
kepada umat Islam.

Reuters bertarikh 14 Ogos
 2001 memaparkan sebuah 
artikel yang bertajuk:
 ‘Kekeringan Air Laut 
Galilee di Israel Memerlukan
 Mukjizat Untuk Pulih’.
 Mengikut artikel ini,
 air Laut Galilee sedang 
berada di paras yang 
terendah di dalam 
sejarah iaitu di paras
 214.04 meter, lebih 
rendah dari paras bahaya

Tasik Galilee ini juga dipanggil
 "Lake of Gennesaret". Juga ada
 yang memanggil "Lake Kinneret" 
dan ada yang menyebut
 "Sea of Tiberias". Ia terletak 
berdekatan dengan Bukit Golan.
 Ia merupakan tasik air tawar
 terbesar di Timur Tengah,
 dan memiliki ukur lilit 
sepanjang kira-kira 53 km
 (33 batu), kira-kira 21 km
 (13 batu) panjang, dan 13 km
 (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki 
keluasan sebanyak 166 km²,
 dan kedalaman maksima
 kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter
 di bawah paras laut, 
menjadikan tasik air
 tawar ini adalah yang
 kedua terendah di muka Bumi.
 Laut Mati adalah sebuah 
tasik air masin yang pertama 
terendah di bawah paras laut 
di muka bumi ini. Kedua-dua
 tasik atau laut ini seolah-olah 
berkait rapat antara satu sama
 lain dan mempunyai 'sejarah' 
YG TERSENDIRI
I

Diberitakan Tasik ini menuju ke
 alam 'kontang'. Proses
 pengontangannya berlaku
 sejak dari tahun 2000 lagi.
 Mengikut pemerhatian,
 proses ini berlaku begitu
 pantas, bagaimanapun 
sumber-sumber yang tidak
 rasmi menyatakan pihak
 'Yahudi' telah memohon 
bantuan badan-badan dunia
 untuk menaikkan kembali 
paras tasik ini.

Natijahnya bangsa Yahudi
 sebenarnya amat takut 
dengan apa yang disebutkan
 oleh Rasulullah saw.hakikatnya
 mereka amat meyakini 
kebenaran hadis Nabi
 akhir zaman cumanya
 hati mereka amat degil
 dan keras untuk menerima
 kebenaran tersebut.
Wallahuaklam...

No comments:

Post a Comment