AwAk foLLoW SaYe,,SaYe FoLLoW aWk BAlIk

Monday 2 May 2011

renung2 kanlah dan insafkan diri.............

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud














Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98
 ada disebut tentang tembok besi yang
 dibina oleh Zukarnain bagi menghalang
 Yaajud Dan Maajud.

"Sehingga apabila ia sampai di antara 
dua gunung, ia dapati di sisiNya satu 
kaum Yang hampir-hampir mereka 
tidak dapat memahami perkataan.
(Al-Kahfi ayat 93)


Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain,
 Sesungguhnya kaum Yakjuj dan
 Makjuj sentiasa melakukan
 kerosakan di bumi; oleh itu,
 setujukah kiranya Kami 
menentukan sejumlah bayaran 
kepadamu
 (dari hasil pendapatan kami) 
Dengan syarat Engkau membina
 sebuah tembok di antara Kami 
Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)

Dia menjawab: “'
(kekuasaan dan kekayaan)
 Yang Tuhanku jadikan daku 
menguasainya, lebih baik
 (dari bayaran kamu); oleh 
itu bantulah daku Dengan
 tenaga (kamu beramai-ramai)
 Aku akan bina antara kamu
 Dengan mereka sebuah tembok
 penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)

Bawalah kepadaKu ketul-ketul
 besi”; sehingga apabila ia terkumpul
 separas tingginya menutup 
lapangan antara dua Gunung
 itu, ddia pun perintahkan 
mereka membakarnya Dengan 
berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat 
kamu” sehingga apabila ia 
menjadikannya merah menyala
 seperti api, berkatalah dia:
 “Bawalah tembaga cair supaya 
Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)

Maka mereka tidak dapat 
memanjat tembok itu, dan 
mereka juga tidak dapat menebuknya.
 (Al-Kahfi ayat 97)

(setelah itu) berkatalah Zulkarnain:
 “Ini ialah suatu rahmat dari 
Tuhanku; Dalam pada itu, 
apabila sampai janji Tuhanku,
 Dia akan menjadikan tembok 
itu hancur lebur, dan adalah
 janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)

Sememangnya Yakjud dan
 Makjud akan muncul selepas
 runtuhnya tembok yang 
didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. 
Dalam satu Majalah arab yang 
saya baca saya bertemu dengan
 satu artikel yang mendakwa
 bahawa Yakjud dan makjud
 akan minum air tasik sehingga
 kering sebelum memulakan
 perjalanan melakukan kerosakkan 
di atas muka bumi.dan Tasik itu 
ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.
Wallahuaklam


No comments:

Post a Comment